Apa itu Kursus Latihan Pengendalian Makanan?
- Kursus Latihan Pengendalian Makanan merupakan kursus WAJIB yang perlu diambil.
- Kursus ini hanya diambil sekali seumur hidup bagi semua pengendali makanan yang terlibat. Tidak kira terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam penyediaan makanan.
Kenapa perlu ada Sijil Pengendali Makanan?
- Di dalam Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 "DENDA tidak melebihi RM10,000 atau PENJARA tidak melebihi 2 TAHUN jika tidak menjalani latihan atau tidak memiliki sijil.
Adakah Kursus Latihan Pengendalian Makanan ini penting?
- Ya, Kursus Latihan Pengendalian Makanan ini penting kerana
1) Menjadi syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis)
2) Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
3) Pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009).
4) Mengelak dari didenda oleh pihak yang berkuasa tempatan PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Siapa yang perlu HADIR?
- Kursus ini WAJIB dihadiri semua pengendali makanan termasuklah pengusaha juga pekerja yang bekerja di premis-premis makanan berikut:
1) Kilang makanan/ minuman.
2) Medan selera.
3) Hotel/Resort.
4) Restoran/Kedai makan/Kafeteria.
5) Bakeri/Kedai roti/Kek.
6) Kantin sekolah/Dapur asrama/IPTA/IPTS/Kilang/Pejabat.
7) Katering.
8) Gerai/Penjaja/Pasar malam.
9) Pembekal dan pengilang yang sedang menjalankan perniagaan atau ingin memulakan perniagaan.
10) Homemade bakers serta individu yang mementingkan aspek kebersihan makanan juga dialu-alukan.
OBJEKTIF
- Untuk memastikan individu yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan makanan dapat mengendali makanan dengan mengikuti s.o.p yang betul.
SKOP
- Semua pengendali makanan (pekerja/pengusaha)
TANGGUNGJAWAB
- Semua pekerja
- Pengusaha premis
PROSEDUR
- Latihan pengendalian makanan diluluskan oleh organisasi yang telah diluluskan kementerian kesihatan dibawah peraturan peraturan kebersihan makanan 2009.
Ulasan
Catat Ulasan