🏠
Memastikan premis dan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan MeSTI
Skop
Infrastruktur dan kemudahan di dalam premis.
- Pengurus pentadbiran
- Semua pekerja
1) Ruang pemprosesan
Kawasan pemprosesan perlu dibina menggunakan bahan yang tidak mempunyai kesan toksik dalam penggunaanya, permukaan yang boleh dibersihkan & sentiasa dijaga supaya sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik. Di mana mungkin, penggunaan bahan kaca perlu dielakkan.
2) Sinki mencuci tangan
- Sinki mencuci tangan disediakan dengan kemudahan sabun / bahan cuci cecair & air mengalir secukupnya termasuk tisu / pengering tangan dan tong sampah berpenutup.
- Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan dalam bentuk poster bergambar & penulisan.
3) Tandas
- Berkeadaan bersih, tidak berbau & tidak rosak
- Mempunyai sumber air yang bersih
- Mempunyai kemudahan mencuci tangan selepas keluar dari tandas beserta tisu / pengering tangan, sabun / cecair pencuci yang sesuai dalam dispenser dengan air bersih.
- Tidak terbuka secara terus kepada bilik / bahagian penyediaan / pemprosesan makanan / penyimpanan makanan.
- Aktiviti pembersihan dijalankan mengikut prosedur & direkodkan.
4) Bilik / ruang persalinan
- Mempunyai bilik / ruang persalinan
- Bilik / ruang persalinan perlu dipastikan sentiasa bersih & tidak dijadikan sebagai ruang makan bagi pekerja.
5) Setor penyimpanan
- Sentiasa berkeadaan baik & bersih
- Mempunyai sistem pengudaraan yang baik
- Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk yang disimpan
- Barang disusun bagi memudahkan aktiviti pembersihan
- Bahan kimia bukan makanan disimpan secara berasingan dengan bahan makanan / bahan pembungkusan makanan.
- Merekodkan bahan kering / bahan mentah/ bahan kimia termasuk sumber dari mana ia diperolehi.
6) Lantai
- Permukaan lantai bersih, berkeadaan baik & air tidak bertakung
- Aktiviti pembersihan dijalankan mengikut prosedur dan direkodkan.
7) Dinding, Siling, Kipas, Tingkap & Pintu
- Sentiasa dalam keadaan bersih & tidak menyumbang kepada pencemaran.
- Aktiviti pembersihan harus dijalankan mengikut prosedur & direkodkan.
8) Lampu
- Lampu bersih dan berkeadaan baik
- Lampu jenis berpenutup di kawasan pemprosesan
-Aktiviti pembersihan dijalankan mengikut prosedur & direkodkan
9) Saliran / Longkang
- Saliran bersih meliputi longkang & parit
- Aktiviti pembersihan dijalankan mengikut prosedur & direkodkan.
- Prosedur pencucian & sanitasi
- Rekod pembersihan Am
Ulasan
Catat Ulasan