KEBERSIHAN DIRI PENGENDALI & PELAWAT ~ Nurul Nabilah

 



KENAPA PERLU MENJAGA KEBERSIHAN?
- Pengendali makanan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran makanan. Oleh itu pengendali makanan perlu mengekalkan kebersihan diri. 


APA AKAN BERLAKU JIKA TIDAK MEMATUHI?
- Ia merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (rm10,000)  atau penjara tidak lebih dua (2) tahun.


OBJEKTIF

- Untuk mengelakkan berlaku sebarang pencemaran silang.


SKOP

- Semua pekerja 
- Semua pelawat


TANGGUNGJAWAB

- Semua pekerja
- Semua pengusaha


PROSEDUR

Pengendali:

- Basuh tangan sebelum memulakan kerja, selepas menggunakan tandas, selepas kendali bahan tercemar atau bahan mentah.

- Rambut kemas dan memakai penutup kepala.

- Kuku sentiasa pendek dah bersih.

- Tidak memakai perhiasan diri.

- Sentiasa menjaga kebersihan diri.

- Menanggalkan baju luar/ apron/ penutup kepala sebelum ke tandas dan setiap untuk keluar dari kawasan pemprosesan.

- Tidak merokok.

- Misai dan janggut di kemas rapi.


Pelawat:

- Pelawat mesti mematuhi peratura yang ditetapkan ketika memasuki premis.

- Pelawat perlu memakai pakaian perlindungan yang seperti memakai penutup kepala, apron, kasut bertutup di kawasan operasi kecuali pejabat.

- Pelawat akan diiringi anggota syarikat.


Ulasan